Resepi Ayam Berempah Masak Kicap
Menu utama harini ringkas je tapi kemungkinan bertambah-tambah nasi. Ade lagi menu sampingan lain. Masak kicap ni ade banyak versi sesuai dengan selera masing-masing ye. Harini saya buat versi berempah kuah sedikit pekat.
Bahan A:
- Ayam cuci bersih, potong saiz yang anda suka.
Bahan B:
- Garam
- Serbuk kunyit
- Serbuk jintan putih
- Serbuk jintan manis
- Rempah kari daging
- Serbuk cajun
- Bbq seasoning
+ Sukatan kena pandai agak-agak. Satukan dan gaul rata kemudian perap pada ayam. Saya perap 30 minit je sambil siapkan bahan lain.
Nota: Bahan-bahan ni boleh dapat di pasaraya dalam botol atau pack bergantung pada jenama. Ade halal.
Bahan C:
- 2 biji bawang merah besar saiz sederhana atau boleh guna 5-6 ulas bawang merah kecil biasa
- 4 ulas bawang putih
+ Kisar halus semua bahan.
Bahan D:
- Daun kari
- Lada di hiris
- Buah tomato di hiris
- Sos cili, tiram, sos tomato & kicap manis
Nota: Boleh nak letak hirisan bawang holland dan juga rempah kasar ye.
Cara Masak:
1. Panaskan kuali, goreng ayam yang diperap tadi, ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar tadi smpai garing pecah minyak. Jangan hangus ye.
2. Masukkan daun kari, kacau rata. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis bersama sedikit air. Kacau rata.
3. Masukkan ayam tadi. Gaul rata. Dalam kuah saya tak letak garam dah sebab dah cukup rasa dengan sos-sos tadi tu. Rasa dan sesuaikan dengan selera ye.
4. Last skali, masukkan bahan hirisan. Biar mendidih jap. Tutup api. Siap.
Nota: Boleh guna sos caramel atau kicap caramel untuk warna yang lebih gelap.

Resepi Oleh: Dani Shoppe’s