Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Style Johor
Salah satu menu tengahari, hari nie untuk anak-anakanda saya asam pedas ikan siakap. Try buat asam pedas style Johor, tak tau la, menjadi ka dak?
Bahan-Bahan:
- 1 kg ikan siakap
- 20 cili kering (di rebus)*
- 5 Ulas Bawang Merah*
- 1 Biji Bawang Besar*
- 3 Ulas Bawang Putih*
- 2 Inci Kunyit Hidup*
- 2 Inci halia*
- Sedikit Belacan*
- 3 batang serai (di titik)
- 1 Sudu Lada Hitam (di tumbuk)
- Bendi
- Tomato
- 1 Batang Bunga Kantan (belah 2)
- 10 helai daun kesum
- 5 helai daun limau purut
- 1 Cawan Air Asam Jawa
- Minyak Untuk Menumis
- Air Secukupnya
Cara Memasak:
1. Kisar semua bahan yang bertanda (*). Panaskan minyak (minyak kena lebih ye) dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak serta naik bau. Biar betul-betul pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum, daun limau purut serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikan. Tambah air secukupnya jika kuah kurang. Kuah pulak jangan cair, agak-agak bagi pekat sikit. Saya letak air lebih sikit sebab budak-budak suka berkuah.
3. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan masak. Last sekaki, masukkan bendi dan tomato. Jangan masak lama-lama sangat nanti bendi lembek. Dah agak bendi lembut, boleh la tutup api.
4. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Nota: Ikan tu saya goreng sekejap untuk elakkan ikan hancur masa proses memasak tu.
Resepi Oleh: Shah Shatry