Coklat, snek

Resepi Apam Pisang Coklat

resepi-apam-pisang-coklat

Resepi Apam Pisang Coklat

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 1/3 cawan tepung gandum – ayak
1 sudu teh baking powder – ayak
1 sudu teh soda bikarbonat -ayak
1 sudu makan milo
1 sudu makann serbuk koko – ayak
1 sudu teh garam

Bahan B –

1 biji telur gred A
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
1 cawan pisang lenyek

Hiasan:

Coklat chip – untuk tabur di atasnya

Cara Membuat:

1. Pukul bahan B kecuali pisang dengan pemutar belon (hand whisk) hingga sebati. Masukkan pisang dan gaul sebati.

2. Kemudian masukkan bahan A, gaul hingga rata. Sediakan cawan kertas, isikan 3/4 sahaja dan taburkan coklat chip.

3. Panaskan pengukus hingga air mendidih dan kukus adunan 15-20 minit.

4. Bila dah masak, buka penutup kukus dan biarkan 2 minit supaya permukaan kering. Hidangkan.

Resepi Apam Pisang Coklat