Resepi Apam Lambung atau Apam Telur
Payah nak nampak orang jual apam ni. First time nak rasa, sedap rupanya haa. Versi biasa kita buat juga, versi buh pandan lagilah wangi je satu rumah. Si kecik tanya mama masak apa, mama habaq masak apam lambung. Ish ishh nasib lambung-lambung tak lekat kat dinding katanya, mulut tak dak insuren.
Ada yang cakap apam ni makanan sebelah pantai timur. Ada gak yang cakap asal dari Thailand. Apa-apa pun jangan gaduh naa, pakat buat jom. Ramai yang teringin nak buat tapi susah cari resipi ni, kalau ada pun pic atau video sahaja. Enak betul makan dengan kelapa parut.
Bahan-Bahan:
- 200gm tepung beras (2 cawan)
- 1 sudu makan tepung ubi
- 180gm gula (1 cawan)
- 400ml air (2 cawan)
- 1 sudu teh yis kering
- secubit garam
- 6 biji telur
- 1 biji kelapa parut putih sahaja, letak garam halus dan kukus sebentar supaya tak cepat basi
- Acuan bahulu
Cara-caranya:
1. Satukan tepung beras, tepung ubi, yis, gula dan garam gaul sekata. Masukkan air sedikit-sedikit bancuh hingga licin dan sebati. Tutup dan rehatkan 2 jam.
2. Selepas 2 jam, kacau semula adunan hingga sekata. Kemudian asingkan 100ml atau lebih kurang 1/2 cawan jika guna sukatan cawan. Pecahkan telur sebiji campurkan sekali dan kocok sebati. Ulang step hingga bancuhan habis.
3. Pastikan acuan bahulu telah dipanaskan lebih awal. Tuang merata bancuhan ke dalam acuan biarkan sebentar. Kemudian tutup acuan dengan tudung periuk.
4. Bila keperangan warna coklat di bawahnya bermakna apam sudah masak dan boleh diangkat. Dihidang bersama dengan kelapa parut.
Nota:
- Sukatan cawan anggaran sahaja.
- Setiap 100ml bancuhan campur dengan sebiji telur ye, bermakna akan dapat 6 keping apam lambung.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish