Kuih Muih

Resepi Apam Balik Paling Simple

resepi-apam-balik-paling-simple

Resepi Apam Balik Paling Simple

2 hari layan apam balik. Bila buat sendiri nak letak jagung sampai meleleh pun boleh. Nak tebal ke nak nipis ke pun boleh.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan Tabur:

  • Kacang tanah (saya beli yang dah siap kat pasaraya. Aritu beli sebab buat kuih makmur dengan cistat magnum tu)
  • Jagung manis dalam tin (beli kat eco murah uols RM2.10)
  • Gula
  • Marjerin

Cara-cara:

1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

2. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

3. Sapu margerin dipermukaan non stick pan. Buat ade-ade je sapu tu, tak payah banyak-banyak. Tuangkan dalam 2 senduk dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita.

4. Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula. Pastu kacang then jagung. Masa dah angkat sapu pulak majerin.

5. Masa nak potong tu lalukan pisau kat air. Ok siap. 1 adunan resepi ni boleh dapat dalam 4 keping.

  • Kalau nak letak pulut itam pon boleh, nak letak jagung saje pun boleh. Kita yang buat dia kan.
Resepi Apam Balik Paling Simple

Resepi Oleh: Raihan Mahat