Snek, snek

Resepi Apam Balik Milo Dengan Cheese

resepi-apam-balik-milo-dengan-cheese

Resepi Apam Balik Milo Dengan Cheese

Sedapnya resepi mudah apam balik Milo, dengan rasa lemak cheese yang enak ditambah rasa lelehan milo disetiap gigitan.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan Tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh sida bikarbonate
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 1/2 cawan susu segar Full Cream Nestle
  • 1 biji telur

Bahan Inti:

  • Kacang tanah digoreng tanpa minyak tumbuk atau kisar kasar
  • Jagung manis/jagung cream
  • Cheddar Cheese diparut
  • Gula kaster
  • mentega/marjerin
  • Milo

Cara Membuat:

1. Gula dan telur diblend hingga gula larut. Masukkan susu segar Nestle dan tepung gandum serta baking powder, soda bikarbonate dan garam halus. Blend lagi hingga semuanya sebati.

2. Tuang adunan ke dalam mangkuk dan tutup mangkuk, rehatkan sekitar 20 minit. Boleh juga terus dimasak.

3. Panaskan pan non stick, tuang adunan dan ratakan. Tabur gula kaster serta sapukan sedikit mentega. Kemudian taburkan jagung manis, kacang tanah, diikuti dengan cheddar cheese dan akhir sekali taburkan serbuk Milo. Biarkan seketika.

4. Setelah itu, bolehlah diangkat lalu dioles dengan sedikit mentega. Siap untuk dinikmati waktu minum petang bersama keluarga tersayang.

Rasa apam balik milo ini sangat sedap lebih-lebih lagi pada penggemar Milo. Lelehan milo membuatkan apam balik sedap dinikmati disetiap gigitan. Selamat mencuba.

Resepi Apam Balik Milo Dengan Cheese

Resepi Oleh: Leeina Qaliena