Resepi Apam Bakar Kelantan
Bahan-Bahan:
300 gram tepung beras
130 gram gula pasir
1 sudu teh garam
200 ml santan
2 sudu teh yis
4@5 biji pisang mas/berangan
4 ketul tapai ubi
1 sudu kecil lada hitam*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
2 biji bwg merah kecil*
200 ml air*
Cara Membuat:
1. Bahan-bahan yang bertanda dikisar dan ditapis. Ambil airnya dan sukat hingga ke 200ml sahaja. Bancuh yis dengan masukkan ke dalam air tapisan ini.
2. Buah pisang, tapai ubi , garam dan gula dilenyek sehingga hancur. Tambahkan tepung beras bersama santan. Masukkan pula air tapisan bersama yis tadi ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.
3. Untuk dapatkan apam bakar yang lembut, sebelum dibakar, perap adunan selama 2 jam. Seeloknya buat pada waktu malam dan apam boleh dibakar pada waktu pagi untuk dijadikan sarapan.
4. Panaskan kuali dengan gris/sapu sedikit minyak. Masukkan adunan ke dalam kuali sebanyak 2 senduk. Masak dengan api kecil lebih kurang 3-4 minit. Bila bahagian bawah sudah mula masak dengan tompok-tompok garing kelihatan, terbalikkan dan tunggu 3-4 minit lagi. Siap.
5. Apam bakar tepung beras Kelantan ini sesuai dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan secubit garam serta sedikit gula. Selain daripada kelapa muda parut, bagi yang mahu mencuba, boleh dicicah dengan sambal bilis.
Resepi Oleh: Puan Zaimah Zakaria