Ayam

Resepi Ayam Sizzling Cendawan

resepi-ayam-sizzling-cendawan

Resepi Ayam Sizzling Cendawan

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (potong kecil)
3 cawan air
10 tangkai cili kering (potong) *
5 tangkai cili api (ketuk) *
8 ulas bawang putih (ketuk) *
1 1/2 inci halia (ketuk) *
1 biji bawang holland (hiris) *
1 sb minyak (untuk tumis bahan bertanda *)
6 sb sos tiram
6 sb kicap manis
6 sb kicap cair
1 sk minyak bijan
(Kicap, sos tiram leh je lebihkan)
1 ketul kiub ayam/1 sk serbuk pati ayam
Sedikit serbuk lada sulah, serbuk lada hitam
4 sb tepung jagung ( dibancuh dengan air )
Garam dan 1 sb gula
Sayur boleh guna sawi, kailan, karot dan hero utama adalah shiitake mushroom dan enoki mushroom

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * tadi sampai naik bau. Cili kering tu goreng garing sikit pun takpe. Baru naik aroma hangit sikit. Pastu masukkan ayam, goreng-goreng separa masak. Masukkan air. Biar ia mendidih.

2. Masukkan, sos tiram, kicap manis, kicap cair dan minyak bijan secukupnya. Sukatan atas tu anggaran. Saya terus tuang je dari botol. Lagi banyak lagi sedap sebenarnya.

3. Masukkan kiub ayam/serbuk pati ayam, lada sulah, lada hitam, garam dan gula secukupnya. Garam hati-hati takut terlebih masin.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Gulai Ayam Terengganu Simple Tapi Sedap

4. Pastu, masukkan hero kita iaitu cendawan tiram dan enoki. Biar dia masak elok. Agak-agak kuah nampak surut sikit, boleh masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau-kacau sikit, boLeh tutup api.

5. Untuk sayur, saya suka celurkan je. Bila nak makan, sediakan hot plate, bubuh nasi atau yee mee, tuang ayam sizzling, pecah telur dan tabur sayur tadi. Hati-hati panas. Hidangkan.

Resepi Oleh: Rarra Sakura (MAHN)