
Resepi Kuih Permata Zamrud
Bahan-Bahan & Cara Menyediakan:
Adunan Hijau –
1 cawan tepung pulut
1 sudu kecil tepung gandum (Tak nak letak pun boleh)
1/4 cawan air
1 sudu kecil pewarna hijau
Sedikit garam
Cara Menyediakan –
1. Satukan kedua tepung dalam bekas. Bubuh sedikit garam, gaul rata.
2. Campur air dengan pewarna hijau, tuang sikit-sikit dalam tepung. Kalau kurang air, tambah sedikit. Uli dan jadikan doh macam nak buat kuih onde-onde/buah melaka.
Adunan Putih –
2 cawan santan KARA + dgn 1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
2 helai daun pandan – simpulkan
Cara Menyediakan:
1. Bancuh semua bahan, kacau sebati. Masuk dalam periuk dan masukkan daun pandan. Masak atas api perlahan hingga sedikit likat. Sentiasa kacau, tutup api.
2. Acuan kuih lompang (saiz besar) di sapu dengan sedikit minyak. Doh tadi buat bulat-bulat kesemuanya. Kemudian leperkan, masukkan inti kacang merah (inti tu bulat-bulat dulu). Bulatkan semula.
3. Kemudian tuang adunan putih dalam acuan lompang separuh acuan. Baru masukkan doh hijau kat tengah dia.
4. Panaskan kukusan sehingga betul-betul mendidih. Kukus selama 15 minit, api sederhana besar.
5. Sejukkan dulu, guna lidi pencukil nak keluarkan kuih dari acuan. Sedia untuk dihidang.
Nota: Inti kacang merah akak beli yang dah siap kat kedai bakery. Dapat dalam 13 biji.
Resepi Oleh: Zura Zul – MAHN