Masakan Barat, Roti

Resepi Roti Sosej Sos ala Oriental

resepi-roti-sosej-sos-ala-oriental

Resepi Roti Sosej Sos ala Oriental

Dah lama rasanya saya tak makan sosej. Alang-alang nak makan biarlah makan dengan roti dan sos istimewa saya buat sendiri. Kali ni sos saya sedikit lain sebab saya lebih suka ada rasa lobak merah dan daun bawang, rasa lebih rangup. Makan roti sosej ni teringat-ingat makan dalam wayang. Huhu.

Terlebih dahulu, sediakan sosej. Saya lebih suka masak sosej di atas kuali sehingga hangus-hangus sikit supaya ada rasa grill gitu.

Bahan Untuk Sos:

  • 1 biji lobak merah dipotong dadu – nak lagi sedap, boleh tambah cendawan butang
  • 1 biji bawang kuning dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk hancur
  • 1 batang daun bawang dihiris halus
  • 2 sudu besar planta
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Air – tuang sedikit demi sedikit
  • Setengah kiub pati ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Garam mengikut citarasa

Cara Buat Sos:

1. Panaskan planta sehingga cair. Api kecil ya sebab kita tak nak planta cepat hangus.

2. Masukkan bawang putih dan bawang kuning, tumis hingga harum. Kemudian masukkan lobak merah, masak sebati.

3. Taburkan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi kuah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Kawah Inti Strawberry

4. Masukkan kicap, sos tiram, kiub pati ayam dan akhir sekali taburkan lada hitam. Jangan lupa perasakan dengan garam, sekiranya perlu.

5. Padam api dapur dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata. Siap sos istimewa saya.

Untuk roti, kita hiris dari tepi ya. Kemudian boleh letakkan sosej. Seterusnya, kukus roti untuk dapatkan tekstur roti yg lembut. Kalau anda gunakan periuk kukus biasa, pastikan roti dialas kain ya, bagi mengelakkan peluh wap jatuh ke atas roti. Letakkan sos ke atas sosej. Siap, sedia dihidang.

Resepi Roti Sosej Sos ala Oriental

Resepi Oleh: Zurina Zulkefli