Puding

Resepi Puding Susu Buah Peach

resepi-puding-susu-buah-peach

Resepi Puding Susu Buah Peach

Bahan-Bahan:

1 tin buah peach – potong dadu
500 ml air
500 ml susu cair atau susu segar
1/2 cawan gula (boleh di kurangkan kalau tak nak manis)
1 paket agar-agar serbuk – 12 g
1 1/2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air – jadikan pes
sedikit esen vanilla dan pewarna kuning

Cara Membuat:

1. Masak serbuk agar-agar bersama air, gula dan air sirap buah peach tadi hingga gula larut dan agak mendidih di atas api perlahan.

2. Masukkan susu cair/segar dan kacau lagi hingga agak mendidih. Masukkan esen vanilla dan sedikit pewarna kuning dan kacau.

3. Masukkan pes tepung jagung dan kacau hingga agak pekat. Akhir sekali, masukkan buah peach yang dipotong dadu tadi.

4. Kacau sekejap. Angkat dan tuang dalam acuan dan sejukkan sebelum di hidang.

Resepi Puding Susu Buah Peach