
Resepi Puding Mangga Selasih
Bahan A:
15gm agar-agar bertali – cuci dulu
3 1/2 cawan air
3/4 cawan gula – tak nak manis, kurangkan
2 ketul kecil gula batu
1 tin susu cair*
2 sudu besar tepung kastard*
1 biji mangga yang sederhana besar*
2-3 titis pewarna kuning*
Secubit garam
Cara-Cara:
1. Blender bahan bertanda* sampai hancur halus, ketepikan.
2. Masak agar agar dengan air hingga larut, masukkan gula & gula batu, kacau-kacau.
3. Kemudian tuang bahan blender, kacau rata. Masukkan garam, biarkan mendidih sekejap, kacau-kacau. Tutup api, tuang semua dalam loyang 10 inci, biarkan sederhana beku.
Bahan B:
15gm agar-agar bertali
5 1/2 cawan air
3/4 cawan gula – tak nak manis, kurangkan
2 ketul kecil gula batu
1 biji mangga sederhana besar – Potong dadu kecil-kecil (letak lebih mangga, lagi bagus, lagi sedap)
1 sudu besar biji selasih, rendam dengan air panas
Cara-Cara:
1. Masak agar agar dengan air hingga larut. Masukkan gula & gula batu, kacau rata.
2. Dalam loyang puding tadi (sederhana beku). Susun/tabur perlahan-lahan buah mangga keseluruhan loyang, kemudian masukkan biji selasih.
3. Tuang adunan puding yang baru masak tadi (nak tunggu suam sikit pun boleh) perlahan-lahan dalam loyang. Guna lidi, cucuk-cucuk sedikit dalam puding. Bekukan, kemudian masuk dalam peti sejuk.
4. Boleh potong ikut suka, sedia untuk dihidang.
Resepi Oleh: Zura Zul