Kek

Resepi Sourcream Butter Cake

resepi-sourcream-butter-cake

Resepi Sourcream Butter Cake

Bahan-Bahan:

225g (1 1/2 cawan) self raising flour
75g (1/2 cawan) tepung gandum
150g butter suhu bilik
226g (1 cawan) kastor sugar
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecik cream super, OPTIONAL (pelembut kek dan roti – tak isi pun tak apa)
3 biji telor size A
83g (1/3 cup) sour cream at room temperature
166 ml (2/3 cup) milk

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah (ikut oven masing masing ya).

2. Sapukan butter pada loyang bulat size 20 cm diameter yang telah diletakkan baking paper.

3. Satukan self raising flour, tepung gandum dalam mangkuk dan asingkan.

4. Dalam mixer masukkan butter, gula dan vanilla, cream super. Pukul pada low speed.

5. Naikkan speed ke medium selepas gula bersatu. Berhentikan mixer dan scrap tepi dengan spatula supaya semuanya dapat dipukul dengan sekata. Putar mixer sehingga adunan menjadi creamy selama 5 minutes.

6. Masukkan telor sebiji demi sebiji pada kelajuan medium. Masukkan sour cream dan pukul selama 10 saat. Berhentikan mixer dan kaup/scrap adunan yang ditepi tepi dengan spatula. Pukul lagi sebentar bagi sekata.

7. Masukkan tepung diselang selikan dengan susu tadi. Jangan over beat nanti adunan akan menjadi keras. Masukkan adunan yang telah disiapkan ke dalam loyang tadi.

8. Kalau loyang bulat bakar lama sikit dalam 1 jam atau sehingga kek masak. Loyang hitam yang saya guna di atas, cuma perlu masuk setengah jam saja unuk dimasak.

Resepi Oleh: Danita Daniels