Kuih Muih

Resepi Kuih Lapis Lemak Manis

resepi-kuih-lapis-lemak-manis

Resepi Kuih Lapis Lemak Manis

Resepi kuih lapis ni sangat sedap. Ngam rasa lemak dan manisnya. Lapisan pun boleh dibuka satu-satu. Hakak menggunakan pewarna dan perisa rose. Korang boleh gunakan warna ikut suka korang. Nak buat kaler warna-warni pun boleh.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 200 ml/1 kotak santan
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kesukaan

Cara Membuat:

1. Masukkan santan dan air dalam periuk dan panaskan sebentar hingga suam-suam kuku, tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.

3. Masukkan santan dan gaul hingga tidak berbintil. Nak lagi halus, tapiskan atau kisar.

4. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian. Warna plain dan warna kesukaan.

5. Panaskan kukusan. Tuang satu senduk adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci yang telah di sapu sedikit butter/minyak.

6. Kukus setiap lapisan selama 7 minit dengan api kuat. Selepas lapisan pertama masak, tuang lagi adunan warna seterusnya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bingka Susu Cheese

7. Ulangi proses hingga kesemua adunan habis. Lapisan terakhir kukus 15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum di potong.

Resepi Kuih Lapis Lemak Manis

Resepi Oleh: Kuali Helena