Puding

Resepi Puding Biskut Crackers

resepi-puding-biskut-crackers

Resepi Puding Biskut Crackers

Bahan-Bahan:

20gm agar-agar bertali – cuci, rendam 1 jam, toskan
5 cawan air
1 cawan gula – boleh kurangkan
Biskut crackers secukupnya
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
5 sudu besar tepung kastard – bancuh dulu dengan sedikit air
Secubit garam
1 sudu besar milo
1 sudu besar serbuk koko
Pewarna ikut suka

Cara Buat:

1. Masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar. Masukkan gula, kacau sekata.

2. Masukkan susu cair, kacau-kacau kemudian bubuh secubit garam. Biarkan mendidih sebentar.

3. Masukkan tepung kastard, kacau-kacau dengan segera, bimbang nanti tepung kastard akan berketul. Tutup api.

4. Bahagi adunan sama banyak. Satu bekas warnakan ikut suka, satu bekas campur dengan milo dan serbuk koko. Kacau-kacau sebati.

5. Basahkan loyang. Ambil 1 cawan agar-agar berwarna, tuang dalam loyang dan biarkan sederhana beku. Susun dengan segera biskut crackers (akak potong 2 biskut ni). Susun jarak-jarakkan sedikit dalam loyang hingga penuh. Tuang 1 cawan agar-agar milo/coklat tadi. Susun lagi biskut tadi.

6. Tuang berselang seli sekali dengan biskut sehingga habis adunan agar-agar.

7. Puding biskut dah beku. Simpan dalam peti sejuk 3-4 jam. Cungkil bahagian tepi loyang dengan pisau plastik. Cuba terbalikkan dalam puding tu perlahan-lahan atas alas yang rata. Boleh potong ikut suka.

Resepi Oleh: Zura Zul