Resipi Pati Lemon Madu Sedap dan Berkhasiat

Resipi Pati Lemon Madu Sedap dan Berkhasiat

Sebut sahaja nama buah lemon, ramai dalam kalangan kita sudah tahu tentang khasiat buah ini. Bukan sahaja untuk mengurangkan tahap kolestrol, malah air pati lemon madu sebagai air detox.

Ini stok pati lemon yang CikMa buat petang semalam. Lebih sedap jika jenis yang kena minum green tea, lemon atau apa-apa berunsur detox barulah perut rasa lega. Pati lemon ini boleh diminum dan dijadikan sebagai lemon tea, honey lemon tea, detox tea, green lemon tea, ginger lemon tea dan ubat batuk dan kolesterol.

Yang ni betul-betul pati ya. Nak makan atau minum kena tambah air!. Nak buat untuk ubat batuk pun boleh ataupun campur dalam teh, jadi teh lemon. Jom kita lihat bahan-bahanya.

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 3 biji lemon
  • 1 senduk garam (rendaman)
  • 500ml madu asli
  • 1 jug kecil air bersih

Bahan Tambahan (Pilihan Masing-Masing):

  • 1 senduk gula perang
  • 1 senduk hirisan halia
  • 2 camb cengkih
  • Secubit garam

Cara Membuat:

1. Rendam buah lemon dengan air garam selama 10 minit. Kemudian bilas, basuh bersih, potong nipis dan buang biji.

2. Tambah halia jikalau suka. Tapi halia bagus untuk buang angin dalam badan. Manakala cengkih pula sebagai ubat batuk.

3. Masukkan pula gula perang, madu asli dan secubit garam. Jangan tambah air. Gaul sampai sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar sudah cukup memadai.

4. Dah sebati semua bahan, masukkan dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk. Esoknya boleh nikmati dlm minuman sejuk atau panas. Selamat mencuba.

Ramai Yang Cuba Cuba Teh Lemon Madu Viral Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Pati Lemon Madu Sedap dan Berkhasiat

Resepi Oleh: Zainor Shima Ihsan