Pastry

Nuttella Cheese Tart Gebu Gebas

nuttella-cheese-tart-gebu-gebas

Nuttella Cheese Tart Gebu Gebas

Buat Shell Tart –

Bahan-Bahan:

125gm majerin/butter
150gm gula kastor
1 biji telur saiz B
400gm tepung gandum
Satu sudu kecil Esen Vanilla

Cara-caranya:

1. Dalam bekas masukkan majerin dan gula. Sebatikan. Masukkan telur dan vanilla yang dipukul sedikit. Gaul sebati.

2. Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan membentuk doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.

3. Bulat-bulatkan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.

4. Cucuk sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga cantik perang. Masa atas oven masing-masing.

5. Setelah masak. Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.

6. Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

Filling Cheese –

Bahan-Bahan:

500gm cream cheese dari peti sejuk
100gm gula kastor
6 sdb telur yang telah dipukul sedikit
2 sdb butter
1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas. Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.

2. Masukkan vanilla mix sebati. Masukkan dalam piping bag. Picitkan sedikit filling dalam shell. Paipkan cheese ke dalam shell.

3. Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa gerak piping bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.

4. Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul-betulkan sedikit.

5. Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yang diwarnakan.

6. Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 min. Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering atau retak.

7. Sebaik masak keluarkan. Sejukkan atas redai. Simpan dalam bekas dan simpan dalam chiller agar shell tidak lemau dan cheese set dan lebih enak dinikmati.

Tips:

1. Untuk shell yang elok rangup jangan terlebih uli. Cukup sekadar menjadi doh yang elok.

2. Cheese mesti yang sejuk untuk hasil yang cantik. Montok cantik atas cara piping filling.

Resepi Oleh: Khairun Nisa