Kuih Muih

Resepi Kuih Tok Aji Serban atau Pulut Sekaya

kuih-tok-aji-serban

Resepi Kuih Tok Aji Serban atau Pulut Sekaya

Bahan-Bahan:

Telur 5 biji (buang pusat)
4 ketul nise kerek (gula melaka)
Beras pulut secawan
1/2 cawan santan
1 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
Secawan air
Secubit garam (ikut sedap)

Cara Membuatnya:

1. Beras pulut rendam dulu (sekurang2nya 30 minit).

2. Nisey kerek cairkan dengan secawan air dan daun pandan. Kalau nak wangi lagi nise kerek cair blend sekali daun pandan dan tapis.

3. Beras pulut yang direndam masuk dalam loyang. Masukkan 1/2 cawan santan yang dicampur garam. Santan agak-agak tenggelam pulut. Jangan lebih nnt lembik. Kukus 20 minit atau sampai masak.

4. Lapisan atas (sekaya), telur kacau manja-manja agak-agak sebati sahaja, campur santan pekat dan nisey kerek cair. Kacau sebati. Kacau manja-manja jah.

5. Lapisan pulut sudah hok masak. Tekan-tekan bagi mampat. Masuk adunan telur. Kukus sampai masak. Agak-agak nampak kering permukaan telur.

P/s: Loyang tu boleh gris dengan majerin atau lapik plastik. Senang nok wat tubik nanti.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Cubit

Resepi Oleh: Adh Amna