Resepi Keropok Roti Bantal Spicy
Jajan sambil nonton tivi. Macam ni pun dapat sambutan anak-anak janji ada pedas-pedas hot spicy buh bau daun kari sikit.
Bahan-Bahan:
- 10 keping roti gardenia – apa-apa brand pun boleh
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air ais – agak sendiri
- 1 cawan tepung bestari hot spicy
- 3 tangkai daun kari
Cara-caranya:
1. Roti dipotong memanjang, kemudian dipotong kiub. Satukan tepung beras dan tepung gandum, bancuh jangan pekat, elok menyaluti roti.
2. Celupkan kepingan roti bantal ke dalam bancuhan tepung. Golekkan dengan tepung bestari hot spicy hingga menyaluti keseluruhan roti dan akan kelihatan roti sebutir-sebutir.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing, toskan di dalam tapis. Tidak serap minyak InshaaAllah.
4. Daun kari digoreng sebentar, tabur atas keropok roti bantal siap sedia dinikmati. Sedap dimakan begitu sahaja atau dicolek dengan mayonis dan cili sos atau letak cheezy cheese lagi merecik.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish