Resepi Popiah Bergedil Rangup dan Sedap
Asyik-asyik tauhu bergedel. Sekarang pekena POPIAH BERGEDEL la pulak. Inilah rutin hari-hari, menggulung aje la, sampai tak lalu nak makan. Tapi hari ni teringin pulak sebab asik buat untuk org, sekali sekala teringin juga makan sendri.
Bahan Bergedel:
- Kentang direbus sampai empuk & dilenyek
- Mixed vege rebus/celur sekejap
- Ayam/Daging hancur yang dimasak
- Bawang goreng
- Daun Sup
- Lada sulah/lada hitam secukup rasa
- Garam secukup rasa
Gaul kesemua bahan, ikut banyak mana nak la ye.
Kulit Popiah:
- Gulungkan isi bergedel
- Gamkan hujung menggunakan air kosong
Cara Masak:
1. Panaskan minyak menggunakan api sederhana perlahan. Minyak betul-betul panas, celupkan popiah dalam telur dan masukkan dalam kuali.
2. Terbalikkan untuk masak yang sekata sehingga warna keemasan macam dalam gambar ni. Angkat dan tapis minyak.
3. Boleh hias dengan cili potong, bawang goreng dan makan dengan cili kicap. Marvellous! Hehehe.
Nota:
- Kalau buat lebih dan simpan dalam peti, keluarkan dalam 30-40 minit untuk kulit lembut semula sebelum goreng. Kalau keras kejung nanti mudah pecah masa goreng.
- Api pun kena control supaya tak mudah pecah semasa menggoreng.
- Tapi kalau dah buat lebih, jangan lupa bagi jiran sebelah rasa.
Resepi Oleh: Ayna Mahmud