Ayam, Kari

Masakan Baba Nyonya Kari Ayam Kapitan

masakan-baba-nyonya-kari-ayam-kapitan

Masakan Baba Nyonya Kari Ayam Kapitan

Hari ni saya tukar citarasa masakan Baba Nyonya. “Nyonya Kari Ayam Kapitan.” Kalau ikut sejarah dulu kala, masakan ni dimakan oleh orang peranakan tersohor dan terkenal di Penang juga Melaka. Rasanya unik sungguh menambat selera.

Saya guna 1/2 ekor ayam yang dipotong kecil. Panaskan minyak, gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng sampai masak. Angkat dan ketepikan dulu.

Bahan Dikisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 tangkai daun dan akar ketumbar

+ Potong halus dan kisar semuanya.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masuk bahan dikisar tadi. Tumis sampai naik bau. Masuk pula cili kisar 3 atau 4 sudu besar. Tumis sampai pecah minyak.

2. Terjunkan ayam goreng tadi. Kacau sebati sambil selawat hati. Letak air asam jawa anggaran 2 ke 3 sudu. Kacau dan kacau.

3. Masuk suku kotak santan. Kacau dan kacau lagi. Kalau dalam masakan tak mengapa. Jangan kacau orang sudahla. Masuk pula 1 cawan air. Kacau hingga mesra rakyat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Kicap Lada Hitam

4. Perasakan dengan 1 sudu gula juga garam secukup rasa. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat. Tabur daun bawang dan dan ketumbar. Siap! Tunggu apa lagi sendukla nasi.

Masakan Baba Nyonya Kari Ayam Kapitan

Resepi Oleh: Liza Idris