Kek

Kek Premium New York Cheese Cake

kek-premium-new-york-cheese-cake

Kek Premium New York Cheese Cake

Seriously cake ni memang sedap, lemak masam dan tak manis sangat. Kalau buat time PKP ni sekejap jer licin!.

Bahan-Bahan:

  • 120g biskut marie (dipatah 4 & dikisar)
  • 60g butter (dicairkan, pakai microwave oven jer)

+ Gaulkan kedua-dua bahan di atas, tekan dengan sudu di dasar loyang untuk dijadikan tapak (base) cheese cake.

  • 400g cream cheese
  • 120g gula pasir
  • 200g plain yogurt
  • 150ml whipping cream
  • 2 biji telur (gred A)
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 sb esen vanilla
  • 2 sb jus lemon

Cara Membuat:

1. Gaul sebati cream cheese dan gula (tak perlu pakai mixer). Masukkan plain yogurt, whipping cream, telur, tepung jagung, esen vanilla dan jus lemon.

2. Tuang adunan ke dalam loyang (abam pakai loyang size 7”). Bakar secara ‘steam bath’, api atas bawah pada suhu 200 degree celcius (30 minit pertama) dan 180 degree celcius (30 minit kedua) sehingga kek masak.

3. Sejukkan di dalam chiller atau peti sejuk selama 6 jam. Potong dan hias kek ikut citarasa dan sedia untuk dimakan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pisang Emas

Tips Penting:

  1. Guna loyang yang boleh diangkat tapaknya atau yang boleh dibuka ditepinya (jenis clip), lapik sekeliling loyang dengan baking paper supaya cheese cake mudah dikeluarkan.
  2. Guna pisau yang tajam untuk dapatkan potongan cheese cake yang cantik.

Semoga bermanfaat & selamat mencuba guys!

Kek Premium New York Cheese Cake

Resepi Oleh: Khairul Hasrol