Ayam

Resepi Masakan Asam Pedas Ayam Berempah

resepi-masakan-asam-pedas-ayam-berempah

Resepi Masakan Asam Pedas Ayam Berempah

Orang Melaka balik kampung makan asam pedas ke tu? Saya orang Johor pun nak tumpang sekaki. Kali ni saya buat asam pedas ayam berempah. Asam pedas ni, bagi saya, esok paginya makan dengan roti canai, lempeng atau jemput-jemput ikan bilis, ernmm tak toleh kiri-kanan lah. Habis banjir pinggan.

Bahan-Bahan:

  • 8 keping ayam
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai diketuk
  • Daun kesom atau boleh ganti dengan daun limau purut
  • Bendi (saya guna terung)
  • Air asam jawa atau 2 asam keping
  • Garam

Bahan Untuk Diblend:

  • Segenggam cili kering, direbus lembut dan toskan
  • Segenggam bawang merah (saya guna sebiji bawang Holland)
  • 3 ulas bawang putih
  • Beberapa hiris halia
  • Beberapa hiris lengkuas
  • 1/2 sudu teh tiap satu – ketumbar, jintan putih, jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Sedikit belacan

Cara Memasak:

1. Tumis bahan blend hingga wangi dan pecah minyak, masukkan serai. Masukkan sedikit garam dan ayam. Masak ayam hingga agak kecut dan air mula kering, masukkan bunga kantan.

Cuba Resepi Ni:  Ayam Masak Sos Tiram Madu Mudah Air Fryer

2. Seterusnya, masukkan air dan masak hingga ayam agak empuk baru masukkan sayuran dan air asam jawa. Masak hingga sayur lembut.

3. Adjust rasa garam dan asam. Akhir sekali, masukkan daun kesom dan masak beberapa minit. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Masakan Asam Pedas Ayam Berempah

Resepi Oleh: Ummu Ashraf