Kuih Muih

Kuih Piang Inti Kacang Memang Lembut dan Gebu

kuih-piang-inti-kacang-memang-lembut-dan-gebu

Kuih Piang Inti Kacang Memang Lembut dan Gebu

Di semenanjung panggil pau goreng. Saya uli tangan saja ni boleh juga dapat kuih yang lembut dan ada white ring. Kuih ni macam uli mesin kan?. Ni kalau ada white ring keliling kuih betul-betul gebu la tu kuih kamu.

Bahan-Bahan: 7-10 biji

  • 250gm tepung gandum
  • 3 sudu gula
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp yis
  • 1/4 tsp baking powder
  • 1 biji telur
  • 100ml susu segar/air sejuk.
  • 1 sudu butter/majerin

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan kering dalam mangkuk. Masukkan telur dan 100ml susu segar/fullcream/air sejuk. Uli 5 minit. Set la timer senang.

2. Lepas uli 5 minit, baru masukkan 1 sudu butter/majerin. Kemudian uli lagi sehingga 5 minit. So total uli ialah 10 minit. Time uli dengan butter tu doh akan lembut, jangan tambah tepung lagi. Uli saja sehinga butter sebati dengan doh.

3. Biarkan doh kembang 40-45 minit. Lepas kembang tumbuk dia kasi keluar angin. Pastu leper-leperkan, masukkan inti kacang hitam yang dibulat-bulatkan terlebih dahulu. Bulatkan kuih. Pastu leperkan lagi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Seri Muka Jagung

4. Pastu tunggu kembang sekali lagi dalam setengah jam. Mau makan yang sedap-sedap kena la sabar. Goreng api perlahan. Okay siap.

Bahan Untuk Inti Kacang Hitam >> https://shope.ee/6KXBaidj07

Kuih Piang Inti Kacang Memang Lembut dan Gebu

Resepi Oleh: Afiafifah Afwan