
Kuih Lapis Lumut Kacang Hijau
First trial resepi baru ciptaan chef Asma sifu kuih talam, memang tak pernah mengecewakan. Lembut gediknya kuih ni tak boleh bawak bincang. Banyak kuih-kuih talam kukus saya ikut resepi chef asma, satu pon tak pernah fail. Rezeki jiran-jiran saya hari ni, buat banyak sama-sama merasa.
Loyang 10 x 10 x 2.5 inci
Bahan Adunan A: Lapisan Kuning
- 200 gm gula pasir
- 150 gm tepung beras
- 100 gm tepung gandum
- 1 tbsp tepung ubi
- 250 ml santan pekat
- 600 ml air
- 1 tsp garam
- 1tsp pewarna kuning telur secukupnya
Cara Membuatnya:
+ Satukan semua bahan di atas, tapis dan jadikan 1200 ml (jika tak cukup tambah air). Bahagi kepada 4 bahagian.
Bahan Adunan B: Lapisan Hijau
- 150 gm tepung kacang hijau
- 100 gm tepung gandum
- 80 gm tepung ubi
- 200 gula pasir
- 250 ml santan pekat
- 600 ml air
- 1 tsp garam
- 1 tsp pewarna hijau epal
Cara Membuatnya:
+ Satukan semua bahan diatas, tapis dan jadikan 1300 ml (jika tak cukup tambah air). Bahagi kepada 4 bahagian.
Cara Melapis:
1. Bahagi setiap adunan kepada 4 bahagian, kukus lapisan kuning dahulu. Apabila masak, kukus pula lapisan kedua iaitu adunan hijau. Ulangi langkah No. 1 hingga ke lapisan ke lapan.
2. Kukus setiap lapis selama 8 minit hingga 10 minit dan setiap lapisan hendaklah dicakar dengan garfu.
3. Kukus bahagian ahkir selama 15 minit. Apabila dah masak, angkat dan sejukkan pada suhu bilik sebelum dipotong.
Resepi Oleh: Yatie Zelani