
Resepi Kek Puding Santan Gula Melaka
Resepi Kek (Langkah Pertama)
Bahan-Bahan:
3 biji telur sejuk
60g gula kaster/pasir halus
1 sudu makan rata Ovalette
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu makan air
70g tepung gandum
3 sudu makan minyak jagung/masak/butter cair
Cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan KECUALI minyak. putar sehingga gebu, kental dan berwarna putih. Masukkan minyak. gaul rata sehingga sebati.
2. Alas loyang 10″ x 10″ dengan kertas minyak dan sapu permukaan dengan butter/majerin.
3. Tuang adunan dan ratakan. Bakar pada suhu 170’c selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Bila dah masak angkat dan sejukkan sekejap.
Resepi Puding (Langkah Kedua)
Bahan-Bahan:
50g tepung kastard
2 sudu makan serbuk agar-agar
100g gula
150ml susu cair
500ml air
1 biji kuning telur
Cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua adunan. masak dengan api perlahan sehingga adunan kental.
2. Bila adunan kelihatan meletup, tutup api dan tuang perlahan-lahan di atas kek yang telah di bakar tadi.
3. Sejukkan. Tunggu adunan puding mengeras (saya simpan dalam peti ais).
Resepi Agar-Agar Santan (Langkah Ketiga)
Bahan-Bahan:
5g serbuk agar-agar (balance dari buat puding tadi, habiskan je)
2 cawan air
100g gula melaka
2 sudu makan gula pasir
120ml santan
1 biji telur
sedikit garam
Cara Membuatnya:
1. Masak gula melaka dengan 2 cawan air sehingga larut, kemudian tapis.
2. Sediakan periuk, satukan air gula melaka tadi, agar-agar, dan gula pasir. Masak atas dapur sehingga menggelegak, perlahankan api.
3. Satukan santan dan telur, kacau sebati. Kemudian, tuang ke dalam adunan agar-agar tadi sambil adunan terus di kacau.
4. Masak sekejap sehingga menggelegak, adunan akan kelihatan berbintil. Tutup api.
5. Sebelum tuang di atas adunan kastad, lorek-lorekkan adunan kastad menggunakan garfu atau pisau terlebih dahulu. Tuang adunan agar-agar di atas kastad. sejukkan.
6. Bila agar-agar dah mengeras, keluarkan dari loyang. Cara nak keluarkan, basahkan bahagian tepi (dalam loyang) dengan air. Telangkupkan atas board, bukak kertas minyak. Dah boleh potong, enak dimakan sejuk-sejuk.
Resepi Oleh: Nina Mahdar