
Resepi Fluffy Buttermilk Pancake
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicarbonate soda
1/4 sudu teh garam
1 cawan susu suhu bilik (fresh milk)
1 sb cuka masak
1 biji telur (asingkan kuning dan putih)
1 sb gula pasir
2 sb butter (cairkan)
1 sb minyak canola
1 st vanilla esen
Cara Membuat:
1. Campurkan susu dan cuka, kacau sebati biarkan 10 minit (for buttermilk).
2. Satukan tepung, baking powder, baking soda, gula dan garam whisk sebati. Dalam bekas lain letakkan butter cair, minyak dan esen vanila kacau sebati.
3. Masuk kuning telur, buttermilk, dan bahan basah dalam bekas tepung tadi. Kacau sebati dengan whisk je (jangan over whisk ye just bagi sebati je).
4. Putih telur tadi pukul sampai berbuih dan ringan sedikit je baru letak dalam batter dan kacau sebati.
5. Panaskan non stick pan dan masak macam biasa. Masa masak saya tak gunakan minyak pun dalam pan cuma sapu sekali je butter nipis-nipis masa mula panaskan pan.
Tips:
1. Kalau takde canola oil boleh pakai minyak sunflower, sayuran, atau minyak masak pun boleh.
2. Boleh guna susu (fresh milk, full cream milk, susu cair, atau susu tepung tapi kena bancuh dulu) untuk buat buttermilk.
3. Takde cuka boleh ganti dengan 1 sudu besar jus lemon.
4. Pakai non stick pan kecil untuk dapatkan saiz sama dan sapu butter sekali je masa mula-mula masak. Guna api sederhana panas untuk kaler cantik.
Resepi Oleh: Habibah Amin