Resepi Puding Roti Ikan Koi

Resepi Puding Roti Ikan Koi

Bahan A (Ikan Koi):

20gm agar-agar tali (gunting dua, guna separuh, cuci dulu)
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin susu cair – sukat susu cair jadikan 2 cawan, tak cukup tambah air
3 keping roti – carik-carikkan
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Pewarna ikut suka

Cara Membuat:

1. Blender roti, susu cair, marjerin, tepung jagung, dan telur hingga hancur halus. Ketepikan.

2. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula, kacau-kacau.

3. Kemudian, tuang bahan kisar tadi. Sentiasa kacau-kacau, agak-agak nak mendidih, tutup api.

4. Tuang adunan puding dalam acuan ikan (warnakan ikut suka, bagi ikan koi nampak lebih menarik) keraskan dalam peti sejuk (tempat beku, tujuan nak bagi cepat keras).

5. Ada lebihan adunan puding tu (warnakan ikut suka) tuang dalam loyang 8x8x3 dan biarkan sederhana beku.

Bahan B:

Separuh agar-agar tali tadi
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
Secubit garam
1 sudu kecil biji selasih – rendam dulu dalam air panas bagi kembang

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula, kemudian garam, kacau-kacau rata dan perlahankan api.

2. Puding ikan koi tadi, keluarkan dari acuan, guna lidi kecil dan cungkil sikit-sikit bahagian tepi.

3. Ikan koi tadi susun/atur dalam loyang puding, tuang pula agar-agar bahan B tadi perlahan-lahan atas puding ikan koi hingga habis. Kemudian, tabur biji selasih atas puding. Tunggu sejuk, simpan dalam peti sejuk 3-4 jam.

4. Keluarkan puding dari loyang, potong ikut suka dan sedia untuk dihidang.

Resepi Oleh: Zura Zul