Kek Lapis Peter & Jane Lemak Berkrim

Kek Lapis Peter & Jane Lemak Berkrim

Ini kek lapis yang saya buat untuk hantaran adik ipar. Gambar pertama tu bahagian tepi Kek Lapis Peter & Jane yang saya trimmed semalam. Ini resepinya. Share ramai-ramai sebab kek ni bahannya mudah, buat pun senang, keknya pun lemak berkrim.

Bahan-Bahan:

  • 454 gm mentega
  • 200 gm gula halus
  • 1 sudu besar ovellet
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 10 biji telur gred A
  • 392gm susu pekat (1 tin rendah)
  • *250 gm tepung gandum/superfine/hong kong (saya guna tepung gandum je)
  • *200 gm horlicks (Satukan bahan * dan ayak)
  • Cranberry kering secukupnya (beli di bakeri)
  • Pewarna biru dan pink

Cara Membuat:

1. Putar mentega, gula, ovellet dan esen vanila hingga nampak berkrim. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu. Bila dah bersatu, boleh lajukan kembali kelajuan mixer. Putar hingga kembang.

2. Masukkan susu pekat dan putar lagi. Perlahankan mixer, masukkan tepung dan horlicks. Putar sekadar sebati. Kaub balik menggunakan senduk atau spatula.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diberi warna pink, 1 bahagian lagi diberi warna biru. Sediakan loyang saiz 8” x 8” x 3”. Alas dasarnya. Griskan. Panaskan oven dengan suhu 170’c serta api atas sahaja.

4. Letak loyang atas penimbang, setkan 0 dulu, masukkan adunan biru sehingga beratnya 150gm. Ratakan. Tabur hirisan cranberry secukupnya. Jangan banyak sangat nanti susah potong. Dalam 15 hiris gitu dah cukup.

5. Hentak-hentak sikit loyang tu supaya bubble dalam adunan pecah dan adunan rata. Bakar sekitar 7 minit atau hingga masak. Ulang langkah melapis ini sehingga adunan biru habis. Kemudian, lapis pula adunan pink hingga habis. Lapisan pink tak perlu tabur cranberry. Biar kosong gitu je.

Nota: Makin tinggi lapisan, makin cepat adunan masak. Korang boleh turunkan suhu atau singkatkan masa membakar. Suhu dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing. Lain oven lain peelnya.

Kek Lapis Peter & Jane Lemak Berkrim

Resepi Oleh: Noy Yullan