
Nasi Bukhari Ayam Bahan Rempah Adunan Sendiri
Hari ini kita masak Nasi Bukhari Ayam, masakan dari Timur Tengah. Tak ada rempah bukhari, jangan risau kita buat sendiri saja rempahnya. Jom ke dapur!.
Sediakan bahan-bahannya:
- 1/2 ekor ayam di potong dan di goreng (Letak garam dan serbuk kunyit sikit je)
- 5 Cawan Beras Basmathi faiza
Bahan Tumis:
- 3 Biji bawang besar (dimayang halus)
- 10 ulas bawang putih (dimayang halus)
- 1/2 inch halia (dimayang halus)
- 2 sudu besar rempah kurma ayam
- 1 sudu kecil rempah kari
- 1/2 tin Tomato puree (250gm)
- 1/2 cawan susu cair
- 150gm minyak sapi
- 1 kiub pati ayam
- garam secukup rasa
Langkahnya pula mudah ja:
1. Cuci beras dan toskan. Masukkan beras dan sukatan air ke dalam periuk nasi. Boleh rendam seketika untuk bagi beras panjang, tak nak pun takpa.
2. Dalam kuali yang sama goreng ayam (kurangkan minyak sedikit), saya masukkan terus minyak sapi. Panaskan minyak sapi. Masukkan segala jenis bawang dan halia. Gaulkan hingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kurma dan puri tomato. Gaulkan.
3. Setersunya, masukkan kiub pati ayam dan garam kan. Masukkan susu cair. Tunggu hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi tadi. Tekan suis rice cooker.
4. Gaulkan dan tutup periuk nasi selama 5 minit. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Susun ayam atasnya, tak perlu gaul pun. Letak je atasnya tau. Gaulkan perlahan dan tutup. Tunggu hingga masak.
5. Siap dihidang! Taburkan kismis, badam, dan gajus yang telah digoreng. Tadaaa! Siaplah Nasi Bukharinya. Mudah je kan. Bau pun semerbak. Ni guna ayam. Kalau guna daging lagilah kaw. Nak-nak daging kambing. Fuh, terbaik.
Selamat mencuba dah Selamat Berbuka!
Nota:
- Air mengikut sukatan beras – 1 cawan beras = 1 cawan air
- Jika mahu masukkan kentang bolehlah potongkan kecil sedikit agar mudah empuk. Goreng setengah masak, baru masuk ke dalam beras nanti.
- Jika tiada minyak sapi boleh guna butter atau majerin.
- Ketika nasi masih panas. Gaul dengan menggunakan chopstick atau garfu 2 mata untuk mengelakkan nasi hancur.
Resepi Oleh: Nurhayati Abd Malek
Resepi Lain:





