Tips

Resepi Minyak Urut Warisan Nenek

resepi-minyak-urut-warisan-nenek

Resepi Minyak Urut Warisan Nenek

Minyak urut ini sangat bagus untuk perut kembung, loya loya, rasa gas dalam perut dan sebagainya. Dulu nenek masak minyak ni buat stok. Bila sakit perut, nenek sapu minyak ni. Rasa lega sangat. Cacing pun keluar bila membuang.

Banyak khasiat juga minyak ni. Boleh juga sapu pada tempat lenguh lenguh, ketat bahu, sakit tengkuk, sakit betis bila buat kerja berat. Sapu sama belakang badan. Eh, boleh sangat kalau guna untuk urut. Orang dalam pantang pun boleh sapu. Pagi tadi perut cikgu sakit sangat mungkin makan macam-macam semalam masa berbuka.

Jadi cikgu pun masak la minyak ni. Anak buah pun sakit perut cikgu sapu sambil urut urut skit. Gatal gatal pun boleh sapu tau. Alhamdulillah, lega. Jom kita buat minyak ni buat stok!.

9 Bahan Resipi Rahsia Minyak Kembung Perut:

  • 1 halia sebesar tapak tangan di hiris
  • 2 lengkuas sebesar 3 jari di hiris
  • 1 biji limau purut di hiris
  • 3 sudu besar bunga cengkih
  • 3 sudu besar lada Hitam
  • 750ml – 1 Liter minyak masak sunflower
  • 1 labu bawang putih
  • Segenggam daun pudina 9. 3 sudu besar garam

Cara Buat Minyak Untuk Kembung Perut:

1. Tumbuk halia, lengkuas, limau purut, bawang putih, daun pudina, cengkih dan lada hitam.

2. Panaskan air dalam periuk. Masukkan minyak sunflower dalam bekas kaca yang kuat atau periuk. Letakkan di atas air mendidih. Buat macam double boiler. Jaga jangan sampai air kering atau tercampur dengan minyak.

3. Masukkan semua bahan yang ditumbuk dan garam ke dalam minyak sunflower itu dan kacau ikut lawan jam sambil selawat dan bacalah doa-doa untuk sakit saraf, doa kesembuhan. Tutup periuk.

4. Masak sehingga 1 jam. Cukup masa tutup api biarkan sejuk sedikit tapis minyak dan simpan dalam bekas. Hampas bahan boleh disimpan dan boleh dibuat lulur. Nanti cikgu share cara nak buat lulur guna hampas tu.

5. Okay dah siap! Selamat mencuba resepi minyak urut warisan nenek ni! Baik buat sekarang simpan stok sebab nanti masa raya makan macam-macam perut mula meragam. Nak best lagi boleh peram minyak ni bersama kulit bawang putih.

Resepi Minyak Urut Warisan Nenek

Resepi Oleh: Sarifa Redzuan