Jemput-Jemput Roti Expired Yang Lembut Dan Sangat Mudah

Jemput-Jemput Roti Expired Yang Lembut Dan Sangat Mudah

Jika ada lebihan roti yang dah expired, jangan dibuang. Roti expired boleh diolah menjadi puding roti, bread crumbs, pizza dan jemput-jemput. So, arini As sharekan resepi jemput-jemput roti yang As dah cuba beberapa hari lepas.

Bahan-Bahan:

  • 5 keping roti
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Crabstik/sosej potong kecil
  • Daun bawang
  • Cili merah didadu
  • Serbuk pati ayam
  • Garam

Cara Membuat:

1. Carik-carik roti terlebih dahulu. Kemudian, masukkan air dan biarkan roti selama 5 minit agar roti kembang.

2. Seterusnya, masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam roti yang telah kembang tadi. Gaul semua bahan hingga sebati. Biarkan lagi selama 10 minit.

3. Sementara tu, panaskan minyak dalam kuali. Jemput-jemputkan adunan dan goreng hingga keemasan. Siap untuk dihidangkan.

Semoga resepi ni dapat memberi idea baru untuk korang.

Cicah cucur dengan Sambal Kicap Johor ni, memang sedap! >> KLIK DI SINI

Jemput-jemput Roti Expired Yang Lembut Dan Sangat Mudah

Resepi Oleh: Asrinna Bakri