Resepi Stew Tulang dan Daging
Bahan-Bahan:
1kg tulang/daging/gearbox
Cili kering (kisar)
2 sudu tepung jagung (bancuh)
Sos cili
Sos tomato @ tamato puree
Sos Tiram
Lobak Merah
Kentang
1 tin Kacang Peas
Jintan halus dan kasar (tumbuk halus)
Bunga Lawang/ kayu Manis
Bawang putih/ Merah/ Halia (kisar)
Serai (ketuk)
Sup bunjut (3 bunjut)
Kiub pati lembu
garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Rebus daging/tulang/gearbox bersama halia hiris atau serai sampai dagingnya empuk. Dah lembut ketepikan.
2. Panaskan minyak tumis cili kisar, bawang putih, merah, halia, dan serbuk jintan. Masukkan semua sos tiram, sos cili, tomato atau tamato puree, masa ni mekza dah masukkan bunga lawang, kayu manis, sup bunjut. Aroma tumisan dia membangkit selera.
3. Selesai menumis, masukkan ke dalam air rebusan daging/tulang/gearbox. Masukkan kentang/lobak merah, sup bunjut, tepung jagung. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam. Akhir sekali baru masukkan kacang peas dan gaul rata. Kuah dah pekat tutup api.
Stew ni ada beberapa jenis kuah, ada kuah putih, perang dan merah. Macam yang mekza buat ni, kuah merah. Bahan utamanya adalah tulang dan daging. Dan paling sedap sekali bila kita menggunakan kambing. Untuk sayuran yang ditabur atas kuah mengunakan 4 jenis daun. Sperti daun pudina, daun ketumbar, daun bawang, dan juga daun sup. Campurkan semua dan tabur atas kuah dan kuah ni lebih kepada rasa pedas, masam, dan manis.
Resepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad