
Daging Masak Hitam Guna Bahan Rahsia Kuah Jadi Pekat
Dah lama teringin nak makan daging masak hitam ni. Cari-cari resipi, terbekenan dengan resipi dari YouTube K.Yan. Dah selalu sangat saya try resipi beliau dan ternyata sedap sebab tak kedekut bahan. Tapi, macam biasalah, saya olah sikit mengikut citarasa saya. Ada bahan rahsia yang digunakan untuk memekat dan menyedapkan masak hitam ni. Tak rugi mencuba. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan:
- 500 g daging lembu (hiris melawan urat)
- 1/2 cawan kicap manis
- 1/4 cawan kicap masin
- 2 biji bawang besar (hiris)
- 1 biji bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 10 tangkai cili kering*
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 4 biji bunga cengkih
- 1-2 cawan air
- 1/2 sdb asam jawa + sedikit air
- 1 sdb kismis hitam
Cara Penyediaan:
1. Perap hirisan daging dengan kicap manis dan kicap masin. Panaskan minyak masak, goreng hirisan bawang besar sehingga layu dan keperangan. Toskan minyak dan ketepikan.
2. Kisar bahan-bahan yang bertanda (*). Tumis bahan kisar dan 4 sekawan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan kicap yang diperap. Tambahkan air. Masak sehingga daging empuk. Kacau sesekali supaya tidak hangit. Kisar bawang goreng bersama dengan kismis hitam.
4. Apabila daging telah empuk, masukkan air asam jawa serta bawang goreng dan kismis yang dikisar. Gaul rata dan biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Nota:
- Sukatan kicap boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian.
- Dalam resipi ini, saya tidak menambah gula dan garam kerana sudah cukup rasanya.
Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah