Cara Buat Puding Oreo Paling Simple

Cara Buat Puding Oreo Paling Simple

Tu dia puding oreo, tq yang share resipi semalam. Manis-manis buah je rasanye.

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus agar-agar tali 20g
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat (manis-manis buah)
  • 2 pct biskut Oreo/Cream’O (biskut leh letak perisa pelbagai) terpulang
  • 4 atau 5 ketul gula batu

Cara Membuat:

1. Masukkan air 1200 ml (sukatan jug pestik kat umah je) dalam periuk Masak bersama agar-agar dan 4-5 ketul gula batu. Masak hingga larut.

2. Dah larut, masukkan susu pekat (kacau dulu) then baru masuk susu cair. Kacau-kacau 5-7 minit hingga mendidih, tutup api.

3. Tapis puding dan masukkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai. Sekeping biskut patah 4, masukkan dalam puding (masuk je krim sekali jangan membazir). Biarkan sejuk dalam 10 hingga 15 minit baru masukkan dalam peti ais.

Tips: Gula batu selalunya diletak untuk mengelakkan puding/agar-agar dari berair bila dah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis agar-agar.

Cara Buat Puding Oreo Paling Simple

Resepi Oleh; Puan Nur