Cara Buat Puding Kaca
Bahan A:
- 20gm agar-agar tali (potong dua, guna separuh)
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 tin susu cair
- Secubit garam
Cara Buat:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar, masukkan gula dan kacau rata.
2. Masukkan susu cair, secubit garam dan kacau-kacau sebati. Biar sebentar mendidih dan tutup api.
3. Bahagikan 3-4 bekas adunan agar-agar, warnakan ikut suka. Biarkan beku atau keras, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Bahan B:
- Separuh agar-agar tadi
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1-2 helai daun pandan – simpulkan
- Sedikit gula batu
- Secubit garam
Cara Buat:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar. Kemudian masukkan gula dan gula batu, kacau-kacau.
2. Masukkan daun pandan dan secubit garam, kacau hingga serata atau sebati. Tutup api.
3. Keluarkan agar-agar dalam peti sejuk tadi, potong dadu kecil-kecil. Kemudian, susun atau tabur dalam loyang kesemuanya.
4. Tuang agar-agar yang dimasak tadi kat atasnya perlahan-lahan. Biarkan beku dan simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
5. Keluarkan puding tu dari loyang, boleh potong ikut suka. Sedia untuk dihidang.

Resepi Oleh: Zura Zul