Ayam, Masakan Barat

Resepi Ayam Herba Panggang ala Barat

resepi-ayam-herba-panggang-ala-barat

Grilled Chicken with Thyme & Rosemary Herbs with Baby Potatoes Butter Garlic atau Ayam Herba Panggang ala Barat. Bon Appetit.

Resepi Ayam Herba Panggang ala Barat

Bahan-Bahanya:

  • 1 ekor ayam segar dibelahkan dua/potongan ikut citarasa (ini bahagian peha saja).
  • 1 sudu besar herba Rosemary (segar atau kering)
  • 1/2 sudu besar herba Thyme (fresh atau kering)
  • Garam secukup rasa
  • Sebuk Lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar & jintan manis & putih
  • Minyak zaiton/mentega di gaulkan pada ayam

Bahan Lain –

  • Baby potatoes – di rebus setengah masak dan di potong gua
  • 4 ulas bawang butih dicincang-cincang
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun & mentega
  • Daun Thyme – dua tangkai kecil

Caranya:

1. Ayam yang sudah di bersihkan dan ditoskan kering. Disapukan dan di gosokan bersama herba-herba duan pada badan ayam bersama garam, serbuk ketumbar dan lada hitam. Kemudian di peramkan selama 1 hari di peti sejuk.

2. Bila hendak di masak, gaulkan minyak zaitun/masak atau mentega. Panaskan dapur gas atau oven. Untuk oven panaskan dahulu, pada suhu 180C, letak ayam di tengah oven dan setkan grill atas saja. Turunkan suhu oven pada 160C dan biarkan ia masak selama 30 minit.

3. Bila sudah masak tinggikan suhu oven pada 180C dan biarkan ia selama 8-10 minit untuk mengaring atau mengelapkan kulit ayam. Sajikan dengan kentang goreng salad dan lain ikut citarasa. Boleh dimakan bersama cili sos atau sos kegemaran. Aroma ayamnya lain, macam di restoran-restoren.

4. Cara Sediakan Baby potatoes; Panaskan minyak zaiton di kuali. Letakan bawang putih cincang. Goreng bersama sedikit mentega. Letakan baby potatoes dan goreng rata. Biarkan kentangnya garing. Letakan daun herba thyme dan garam secukup rasa bersama lada hitam sedikit. Sajikan bersama ayam panggangnya dan salad segar.

Resepi Ayam Herba Panggang ala Barat

Resepi Oleh: Chef Joha Hassan