
Resepi Masakan Ikan Siakap Sos Kantan
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan siakap
- sedikit garam
- serbuk kunyit
- minyak masak
- cili api hijau dan merah (kuantiti ikut suka)
- 4 ke 5 ulas bawang putih
- sebatang serai (ketuk)
- air secukupnya
- sos tiram & sos cili secukupnya
- pes asam jawa secukup rasa
- gula secukup rasa
- sos ikan secukup rasa
- 2 bunga kantan (hiris)
- 4 helai daun limau purut (buang tulang belakang)
Cara Memasak:
1. Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Perap selama 10 ke 20 minit. Panaskan minyak yang banyak. Pastikan betul-betul panas baru masukkan ikan. Goreng dengan api yang sederhana sampai garing. Toskan minyak.
2. Panaskan dalam sesenduk minyak. Cincang bawang putih dan hiris semua cili api. Tumis sampai naik bau. Masukkan serai. Kacau sampai agak garing. Masukkan air. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
3. Perasakan dengan pes asam jawa, gula dan sos ikan. Kacau sampai mendiddih dan pekat. Masukkan bunga kantan dan daun limau purut. Kacau sampai sebati. Tutup api. Biarkan sejuk.
Nota: Tips tak nak ikan menyek bila dah tuang sos, pastikan ikan dan sos sejuk baru tuangkan sos atas ikan. Insyallah.
Resepi Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli