
Cara Buat Egg Mayo Wanpaku Sandwich
Assalamualaikum. Breakfast harini, Egg Mayo Wanpaku Sandwich. Wanpaku Sandwich? Apakah paku paku tu? Actually Wanpaku Sandwich ni new style of sandwich kat Japan. Sandwich buncit yang banyak layer inti dan sandwichnya dibalut kemas dan dipotong dua. So ikut selera masing-masing nak layer inti dan salad sayuran apa.
Faa arini layerkan kobis – egg mayo – lada merah – bawang – kobis. Pasni leh buat inti tuna, sardin, daging beger, nugget, kobis purple, carrot, tomato, avocado dan apa-apa sahaja korang suka. Lagi banyak layer, lagi buncit, lagi cantik. Buat versi mini guna roti sosej. Guna apa yang ada kat dapur je. Maafkan rupa wanpaku yang senget benget tak kemas tu. Pasni nak buat macam-macam inti dan warna warni sikit. Nyumsss.
Bahan-Bahan:
- 1 roti sosej (potong dua then belah 2)
- 2 biji telur rebus
- 2 ke 3 sudu mayones
- blackpepper dan white pepper Aji-Shio secukup rasa
- 1 cawan kobis hiris halus
- 1 biji lada merah (buang biji, hiris halus)
- 1 biji bawang hiris nipis
- kertas minyak
Cara Membuat:
1. Satukan telur rebus, mayones, blackpepper dan white pepper dalam pinggan. Lenyek dan gaul hingga sebati.
2. Letak roti atas kertas minyak. Susun kobis, egg mayo, lada merah, bawang, kobis dan last sekali kapit dengan roti.
3. Akhir sekali, bungkus sandwich kemas-kemas dan potong dua. Done. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli