snek, Snek

Resepi Brownies Kedut Chocolate Chips

resepi-brownies-kedut-chocolate-chips

Resepi Brownies Kedut Chocolate Chips

Bahan-Bahan:

130g marjerin
450g Beryl’s dark compound chocolate
100g tepung penaik BlueKey
180g gula perang
3 biji telur gred B

Cara Buat:

1. Coklat Beryl’s dark compound + marjerin cairkan (guna kekdah double boil).

2. Dalam bekas lain, campurkan gula perang & 3 biji telur. Kacau 4-5 kali cukup bagi mesra je.

3. Coklat + marjerin yang dah cair tadi, kacau siap-siap. Tengah panas-panas tu terus tuang dalam adunan telur + gula perang tadi. Kacau ala-ala bagi sebati je.

4. Masukkan 100g tepung penaik tadi. Kacau ala-ala jugak bagi sebati. Tekniknya kacau kat permukaan je sampai sebati.

5. Alas loyang dengan baking paper. Kalau takda baking paper, sapu loyang dengan marjerin je supaya brownies tak lekat. Saya takda baking paper buat macam ni okay je.

6. Tuang adunan ke dalam loyang molek-molek. Last sekali letak la topping kesukaan, tak letak pun okay je. Saya letak chocolate chips je.

7. Panaskan oven suhu 160. Selepas 5 minit, turunkan ke suhu 150.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Gunting Sira Pedas

8. Bakar selama 45-50 minit, suhu 150, api atas bawah (bergantung oven memasing ya).

Resepi Oleh: Farwin Amellia