
Bukan Kek Batik Tapi Puding Biskut Marie
Ini bukan kek batik, tapi puding biskut marie. Rasa macam kek batik cuma tekstur puding. Resepi ni saya dapat dari group fb (sorry tak ingat nama), cuma saya olah ikut citarasa sebab nak dapatkan rasa lebih kaw gitu.
Bahan-Bahan:
- Biskut marie original
- serbuk agar-agar 10gm (saya guna cap bunga raya)
- 2 1/2 cawan air
- 1 cawan fresh milk/susu cair
- 1/2 cawan susu pekat (kalau tak nak manis 1/4 cawan )
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1 biji telur
- 120gm butter (nak guna marjerin pun boleh)
- 3 sb serbuk koko
- 12 sb milo
Cara Membuat:
1. Blend fresh milk, susu pekat, telur dan tepung kastard sehingga sebati. Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas. Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.
2. Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama dengan butter dan kacau sehingga butter cair. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
3. Seterusnya, masukkan bancuhan serbuk koko + milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api. Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik.
4. Tuang adunan puding ke dalam loyang, nipis saja dan susunkan biskut marie atas lapisan puding. Kemudian tuang lagi adunan puding dan ulang lagi sampai adunan biskut marie dan puding habis. Sejukkan dulu baru potong.
Resepi Oleh: Nur Haziqah