Ayam Masak Ros Nasi Kandar ala Line Clear Penang
Pertama kali buat Ayam Masak Ros Nasi Kandar Line Clear Penang dari resepi asal Chef Anand Pusudoray. Memang ngam makan dengan Nasi Minyak masa berbuka tadi. Terima kasih Mr. Chef sebab resepi 100% menjadi. Sesiapa yang nak cuba, boleh cari resepi penuh di YouTube. Resepi ni saya copy kan dari resepi asal Mr. Chef Anand. Cubalah ya.
Bahan-Bahan:
- 600gm ayam (bertulang)
- 1sk serbuk kunyit
- 1sk garam
Perap semua bahan selama 30 minit.
Bahan Kisar A:
- 40gm halia
- 40gm bawang putih
- 20gm cili kering (direbus)
- 120gm bawang
Kisarkan kesemua bahan sehingga halus.
Bahan Kisar B:
- 120gm tomato
- 80gm lobak merah
- 10gm gajus
Kisarkan kesemua bahan sehingga halus.
Bahan Selebihnya:
- 200ml minyak masak
- 1 kayu manis
- 1 bunga lawang
- 4 bunga cengkih
- 4 buah pelaga
- 1 helai daun pandan
- 1 bawang besar holland
- 1 batang serai
- 1sk serbuk jintan putih
- 1sk serbuk ketumbar
- 1/2sk serbuk garam masala
- 80gm pes tomato dalam tin
- 80ml santan kotak
- Gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ayam yang telah diperap selama 3 minit atau separuh masak. Selepas 3 minit, angkat ayam dan toskan.
2. Guna minyak yang sama, gorengkan rempah 4 sekawan. Masukkan 1 biji bawang holland yang telah dihiris, goreng sehingga perang. Masukkan sehelai daun pandan.
3. Seterusnya, tuangkan bahan kisar A, tumis sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan bahan kisar B dan masakkan selama 2 minit. Masukkan pula 80gm pes tomato.
4. Kemudian, masukkan ketulan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Masukkan juga ebatang serai yang diketuk serta serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan garam masala.
5. Tutupkan kuali dan biarkan masak selama 10 minit dengan api yang kecil. Selepas 10 minit, buka penutup kuali, tambahkan santan dan gaulkan. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
6. Renehkan selama 10 minit lagi. Tutupkan api dan ayam masak ros telah siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Nak Lagi Mudah, Guna Pes Masak Ros Ni. Dah Lengkap Semua Bahan-Bahan >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Emmy Sakura