Resepi Puding Cendol Gula Melaka Mudah dan Sedap
Jom hari ni kita buat puding cendol gula melaka yang dikongsikan oleh by Mr. Ali. InsyaAllah senang je dan sesiapa pun boleh buat. Jom start!.
Loyang: 8 inci
Bahan-Bahan:
Lapisan Cendol –
- 500ml air (2 cawan)
- 5g agar agar serbuk
- 1/2 cawan gula (100g)
- 100g santan pekat
- 1/2 cawan susu cair (125 ml)
Sebatikan semua bahan + sebiji telur
- sedikit garam
- cendol
- 3-4 ketul kecil gula batu (optional)
Lapisan Gula Melaka –
- 100 gram gula melaka (cairkan dan tambah sikit air selepas itu sila tapis)
- 500ml air (2 cawan)
- 100g gula merah
- 50g gula kasar
- 5g serbuk agar agar
- 1/2 cawan susu cair (125ml)
- sedikit garam
Cara Membuat:
Lapisan Cendol –
1. Masukkan kesemua bahan lapisan cendol kecuali cendol. Sebatikan dulu baru hidupkan api perlahan dan kacau hingga mendidih. Bila bila dah mendidih tutup api dan masukkan cendol.
2. Sebatikan cendol perlahan-lahan dalam adunan dan tuang separuh adunan ke dalam loyang. Letak diluar sahaja bagi dia set atau keras sementara buat lapisan gula melaka. Ketepikan separuh lagi adunan untuk layer seterusnya.
Lapisan Gula Melaka –
3. Masukkan semua bahan lapisan gula melaka dan kacau hingga mendidih. Matikan api dan tuang separuh adunan keatas lapisan cendol tadi.
4. Kalau lapisan cendol tadi separuh keras tak perlu cucuk dengan garpu. Kalau dah keras sepenuhnya kena cucuk banyak-banyak atas lapisan cendol agar ianya melekat dan tak terpisah. Tuang lapisan ni dan sejukkan dalam peti selama 10 minit.
Layering atau Cara Melapis –
5. Bila lapisan gula melaka dah keras, cucuk dengan garpu baru tuang habiskan adunan cendol tadi. Sejukkan dalam peti selama 10 minit baru tuang lapisan gula melaka iaitu lapisan terakhir.
6. Akhir sekali, sejukkan 4 jam dan dah siap boleh makan. Ketahanan puding 4-5 hari sahaja dalam peti sejuk.
Tips: Kalau lebihan adunan cendol dan gula melaka mengeras dalam pan, panaskan balik atas api sampai ia jadi cair balik. Tambahkan sikit air. Asal cair balik je tutup api dan tuang.
Guna Loyang 8 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Puding Cantik >> KLIK DI SINI
Selamat mencuba semua!.
Resepi Oleh: Muhammad Ali