Resepi Mee Kuning Homemade Tanpa Pewarna dan Pengawet
Saya baru siap buat mee kuning yang tak berapa kuning sebab tak ada letak serbuk kunyit atau pewarna. Pucat je dia.
Bahan-Bahan:
- 500 gm tepung high protein (tepung gandum biasa pun boleh. Saya suka high protein supaya lebih kenyal dan tak lembik)
- Jadikan 220 ml: 1 biji telur + 1 putih telur
- Garam
- Air
Cara Membuat:
1. Uli semua bahan. Doh ni memang keras sikit. Lebih kental dari doh karipap. Rehatkan selama 30 minit hingga 1 jam.
2. Canai dan potong guna mesin pasta. Saya nipiskan hingga no. 3 pada mesin meleperkan tu. Dah tu potong guna pemotong Spaghetti.
3. Rebus dalam air panas bercampur sikit minyak. Bila dah terapung, angkat dan letak dalam besen air + ais. Bila dah sejuk, toskan.
4. Bila semua mee dah siap, gaul dengan sedikit minyak sebelum disimpan dalam peti ais, atau gunalah terus. Yang dalam gambar ni hasil dari dua adunan atau sekilo tepung.
Guna Mesin Buat Pasta/Mee Macam Ni >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Ida Alina Salleh