Resepi Puding Mangga Jelly Rasa Lemak Manis Sedap
Jom hari ni kita buat puding mangga lapis jelly. Gabungan rasa manis mangga dengan tekstur kenyal lapisan jelly memang sedap rasanya. Bila makan sepotong rasa nak lagi, memang tak cukup kalau buat satu loyang.
Loyang 8 inci
Bahan Lapisan Puding Mangga:
- 120g gula
- 2 sudu makan susu pekat
- 10g agar-agar serbuk
- 4 cawan air
- sedikit garam & essen vanila
- 500g mangga yang sudah dikisar
- 1 tin susu cair + 1 biji telur yang sudah disebatikan
Bahan laipsan Jelly:
- 10g agar-agar serbuk
- 4 cawan air
- 5 sudu makan gula
- potongan mangga
Cara Membuat:
1. Lapisan Puding Mangga – Masukkan kesemua bahan dan sebatikan dulu baru hidupkan api perlahan. Kacau hingga mendidih dan matikan api. Ambil SEPARUH sahaja adunan dan tapis dan tuang dalam loyang. Tak perlu masukkan dalam peti, biar puding mengeras diluar pada suhu bilik. Ketepikan adunan selebihnya sementara buat lapisan jelly.
2. Lapisan Jelly – Masukkan semua bahan lapisan ini dan kacau hingga mendidih. Matikan api dan tuang perlahan lahan ke atas puding tadi. Masukkan mangga yang dah dipotong dan susun. Sejukkan dalam peti selama 10 minit.
3. Sementara itu cairkan balik baki lapisan puding mangga tadi sebab sudah mengeras di dalam pan. Campurkan sikit air dan kacau sampai naik wap sahaja. Bila lapisan jelly dah keras sepenuhnya cucuk bagi penuh permukaan jelly sebelum tuang baki puding.
4. Akhir sekali, tuang baki puding yang dah cairkan tadi ke atas jelly dan sejukkan selama 4 jam. Dah siap dan selamat mencuba!.
Tips: Kalau puding bila digerakkan loyangnya masih lagi bergerak sikit ditengah-tengah bermakna ianya sudah separuh mengeras so tak perlu cucuk. Kalau puding mengeras sepenuhnya baru cucuk dengan garpu agar lapisan melekat.
Guna Loyang 8 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Puding Cantik >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Muhammad Ali