Up Side Down Orange Cake Wangi Satu Rumah

Up Side Down Orange Cake Wangi Satu Rumah

Budak baru belajar. Dah lama teringin nak buat, jeles tgok kek orang lain cantik-cantik. Nak buat takut tak jadi sebab kita bukan baker, kita bikers je. Jadinya bila menjadi tu excited lain macam, khas buat mak yang teringin kek oren. Saya ambil resepi di group masakan. Saya pilih resepi yang guna minyak jadi jimat cost. Kredit kepada empunya resepi, tq.

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur gred A
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1 sb ovallate
  • 1/3 cwn jus oren
  • 1 sb pati sunquick
  • 1 sb parutan kulit limau
  • 1 cwn gula

Bahan Lain:

  • 1/2 cwn minyak jagung/minyak makan
  • 1 biji limau sunkist potong nipis
  • 1 1/2 cwn air
  • 1 cwn gula

Cara Membuat:

1. Didihkan air dan gula, masukkan potongan limau tadi. Masak sampai lembut limau, ketepikan sekejap. Boleh buat adunan kek.

2. Pukul semua bahan di atas kecuali minyak masak ya. Pukul sampai kembang dan gebu, dalam 7-10 minit, ikut mixer korang. Pastu baru masukkan minyak masak. Guna mixer kelajuaan paling rendah, sebatikan saja semua. Dah boleh off mixer.

3. Guna loyang 7/8 inci. Saya guna loyang 7 inci. Oles loyang dengan minyak dan lapik dengan baking paper. Susun limau yang kita masak dengan air gula tadi. Susunlah ikot kreativiti korang.

4. Dah habis susun, boleh masukkan adunan dalam loyang. Bakar dalam oven dengan suhu 140c selama 100 minit. Cucuk dengan lidi, kalau tak basah tu dah masak. Suhu kena ikot oven sendiri ya, sebab setiap oven tak sama suhunya.

Guna Loyang 7 atau 8 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Kek Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Up Side Down Orange Cake Wangi Satu Rumah

Resepi Oleh: Intan Iman