Spiced Pumpkin Coffee Latte Pudding
Semalam petang pegi Jaya Grocer, ternampak staf dia tengah susun labu kuning yang baru dipotong. Geramnya tengok labu-labu tu fresh bukan main. Lawa elok aje kalernya. Terasa rasa dalam mulut puding labu ni masa jenguk-jenguk tu. Lama amat tak buat. Last buat 4, 5 tahun dulu kot.
Ada pulak Espresso Dolce Gusto Starbucks kat rumah. Wah, jadi aje kijaan petang hari semalam ni. Saya buat guna organic coconut nectar untuk gantikan gula. Baru boleh makan tanpa rasa bersalah.
Bahan-Bahan:
Lapisan Labu –
- 2 cwn labu – kukus
- 1 pkt serbuk agar-agar swallow plain
- 1/2 cwn gula castor
- 1st serbuk kulit kayu manis
- 1st serbuk halia
- 1st serbuk buah pala
- 1/2 st mixed spice
- 1/2 st vanilla
- 1 tin susu cair
- Air (campur susu + air & sukat 600ml)
Lapisan Coffee –
- 1 pkt serbuk agar-agar swallow plain
- 1/2 cwn gula castor
- 1/2 cwn strong espsresso
- 600 ml air (termasuk espresso)
Cara Buat:
1. Untuk lapisan labu; Blend labu yang dikukus bersama air dan susu. Masukkan dalam periuk sekali dengan semua bahan-bahan lain. Masak sehingga didih. Masukkan dalam flask supaya kekal panas.
2. Untuk lapisan coffee; Masak semua bahan lapisan coffee sampai didih. Masukkan dalam flask supaya kekal panas.
3. Sengetkan acuan dengan mengalas benda di bawah acuan. Tuang 1 cawan lapisan labu dan tunggu sampai lapisan itu keras baru dilapis dengan lapisan coffee. Buat sampai habis.

Resepi Oleh: Faiza Mohammed Asari