Ayam

Resepi Ayam Bakar Berempah Fajita

resepi-ayam-bakar-berempah-fajita

Resepi Ayam Bakar Berempah Fajita

Saya suka bakar ayam seekor. Yang buat makan macam tu saja, dan lebihnya makan dalam wrap dengan sos bawang putih dan mayonis homemade. Saya suka ayam yang juicy dan berperisa. Sekarang ni, masak dalam Air Fryer pun boleh (180 darjah, 50 minit saja).

Resepi ayam bakar berempah fajita (sebutannya Fa-Hi-Ta, bukan fa-ji-ta ya). Biasanya saya buat seekor. Daging lebih saya carik-carik masuk dalam wrap atau makan dengan salad.

Ayam di perap semalaman dengan ramuan rempah fajita, jus lemon dan minyak zaitun (Ayam ini seberat 1.6 kg). Sebelum subuh, saya keluarkan ayam dari fridge supaya ia tidak sejuk waktu dibakar. Rempah fajita biasanya saya buat banyak dan simpan dalam bekas.

Campurannya:

  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil gula (optional)
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang (onion powder)
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili

Caranya Membakar Ayam:

1. Panaskan oven 200 darjah C. 2 biji bawang Holland belah 2, 4 batang carrots, potong kasar.

2. Gaul carrots dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam dengan sedikit minyak zaitun. Gunakan bawang dan carrots sebagai pengalas ayam, jadi bila air ayam keluar, ayam tidak basah.

3. Letak ayam, dada ke bawah (pastikan ayam sudah suhu bilik). Bakar. Selepas 15 minit, turunkan suhu oven ke180 darjah.

5. Bila ayam sudah dibakar 50 minit, terbalikkan ayam (dada ke atas), bakar lagi 30-35 minit. Saya tak suka ayam terlalu kering.

Kalau dalam air fryer ni, saya bakar 180 darjah, 50 minit (20 minit dada ke atas, 30 minit dada ke bawah), lepas keluarkan, saya tutup ayam dengan foil 10 minit, baru makan.

Ini rupa ayam bakar dengan air fryer dan sos-sos mayonis parsley dan sos bawang putih Arab (toum). Saya dah share resepi sos-sos ni semalam.

Resepi Ayam Bakar Berempah Fajita

Wrap ayam dengan lebihan ayam bakar. Saya carikkan dada ayam, panaskan roti wrap atas pan. Sapu sos garlic atas wrap, letak sayur (lettuce dan baby spinach), bawang besar hiris, avocado hiris. daging ayam. Nak letak tomato pun boleh. Saya tak letak sebab tak suka wrap basah. Titiskan mayonis parsley, lipat.

Resepi Ayam Bakar Berempah Fajita

Resepi Oleh: Ida Alina Salleh