Makanan Laut

Seafood ala Shell Out Confirm Sedap

seafood-ala-shell-out-confirm-sedap

Seafood ala Shell Out Confirm Sedap

Penggemar makanan laut wajib cuba resepi ni! Memang padu! Sebenarnya senang je cara nak masak. Sedap sehingga menjilat jari!.

Bahan Seafood:

  • Ketam
  • Udang
  • Sotong
  • Isi ikan
  • Lala
  • Kerang

Caranya:

1. Didihkan air bersama sedikit garam dan serai. Kemudian, masukkan ketam, rebus dalam 4 minit. Angkat dan ketepikan, ambik air rebusan ketam dalam 2 cawan.

2. Rebus isi ikan, cukup sekejap jer. Kemudian baru rebus udang dan sotong. Ketepikan dahulu.

Bahan Sayuran:

  • Jagung manis
  • Brocoli
  • Carot
  • Tomato

Caranya: Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali jagung tu kena rebus sampai empuk.

Kuah Shell Out:

Bahan Kisar –

  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 gengam udang kering, rendam lembut
  • 20 cili kering, rebus buang biji

+ Kisar kesemua bahan diatas bersama air hingga halus.

Bahan Tumis –

  • 3 tangkai daun kari
  • 2 batang serai, ketuk
  • 1 sudu besar butter/margerine

Bahan Rempah –

  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • seasoning dan gula secukup rasa

Caranya:

1. Panaskan minyak bersama butter dalam kuali. Masukkan bahan tumis, masak hingga harum dan garing.

2. Bila dah garing, masukkan bahan kisar, masak lagi sampai garing. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air rebusan seafood.

3. Kemudian masukkan rempah kari, masak kejap bagi garing. Kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.

4. Kemudian baru masukkan seasoning. Biarkan kuah merenih sebentar. Masukkan seafood berasingan. Perahkan lemon dan siap untuk dihidangkan!.

Seafood ala Shell Out Confirm Sedap

Resepi Oleh: Kuali Helena