Roti

Resepi Falafel Wraps

resepi-falafel-wraps

Falafel Wraps, Roti Arab Dengan Falafel dan Sos Tahini Yang Sedap

Hari ni untuk bekal anak dan makan tengahari kami, saya buatkan Falafel wraps. Resepi dan cara membuat step by step untuk roti arab, falafel dan sos tahini ada pada gambar.

Falafel: patty kacang kuda dengan daun parsli, daun ketumbar dan rempah-rempah, dimakan seperti “wrap” dalam roti pita dengan salad dan sos tahini. Makanan timur tengah yang amat terkenal dan sangat sedap bagi kami.

Mula-mula kita buat sponge roti:

Campurkan 1 cawan tepung gandum dengan 3/4 cawan air, 1 sudu besar gula dan satu sudu besar yis. Biarkan ia kembang selama 10 minit. 

Sementara itu kita buat falafel:

1 tin kacang kuda (dalam 415 gm)
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih (disangai)
Segenggam daun ketumbar
Segegenggam penuh daun parsli
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Sedikit serbuk cili (ikut suka)
2 sudu besar tepung
3/4 sudu teh garam.

Masukkan kesemua kedalam food processor dan hancurkan.

Buatkan menjadi patty. Biarkan ia sejuk.

Goreng (sedikit-sedikit, jangan letak terlalu banyak sekali, bimbang ia hancur). Gunakan api tinggi dan pastikan minyak betul-betul panas.

Berbalik pada roti Pita tadi.
Pada sponge yang sudah baik itu, tambahkan 1 1/2 cawan tepung. Uli hingga lembut dan tidak melekat.
Jadikan 4 bebola dan leperkan.

Cuba Resepi Ni:  Homemade Cinnamon Rolls Cream Cheese Icing

Pastikan frying pan telah panas, masak roti sehingga menggelembung dan balik kan. Inilah rotinya.

Hidangkan dengan daun salad, tomato cherry dan sos tahini.

Cara membuat sos tahini:

Campurkan:

1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 sudu besar pes tahini
Jus dari 1/2 lemon
3 sudu besar air panas
Garam dan serbuk lada hitam

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Ida Alina Salih yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Ida Alina Salleh.